Pengagihan Kerusi PH Muktamad, PKR Mahu Guna Logo Sendiri Dalam PRN Johor

KUALA LUMPUR: Mesyuarat khas yang diadakan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada semalam telah bersetuju memuktamadkan keputusan pengagihan kerusi yang akan ditandingi oleh PKR, DAP dan Amanah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Majlis Presiden PH juga memberikan penghargaan kepada pasukan rundingan kerusi yang masing-masing diwakili Syed Ibrahim Syed Noh, Jimmy Puah Wee Tse, Naim Jusri dan Akmal Nasrullah Mohd Nasir dari PKR.

“Liew Chin Tong, Teo Nie Ching, Sheikh Umar Bagharib Ali dan Andrew Chen Kah Eng dari DAP dan Aminolhuda Hassan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Suhaizan Kaiat dan Abdul Hamid Jamah dari Amanah,” katanya.

Penggunaan logo pada pilihan raya berkenaan juga turut diputuskan, dimana

parti komponen DAP dan Amanah kekal menggunakan logo PH.

Namun tidak bagi PKR yang mahu menggunakan logo sendiri dalam PRN Johor kelak.

Kenyataan yang sama turut mengulangi pendirian untuk meneruskan rundingan kerjasama dan pembahagian kerusi dengan semua parti pembangkang termasuk Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Katanya, kerjasama itu akan akan memperkukuh saingan dari blok pembangkang dalam mendepani PRN Johor nanti.

BBerkaitan

Latest articles