KLANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM100 juta bagi membaiki kerosakan kediaman dan infrastruktur akibat banjir.
Daripada jumlah itu, sebanyak RM1,000 akan disumbangkan kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas akibat banjir di seluruh negara.
“Ini adalah peruntukan awal, jika tidak mencukupi mungkin kita akan tambah.
“Jumlah RM1,000 mungkin tidak mencukupi untuk membaiki kesan banjir ini, tetapi sekurang-kurangnya ia membantu,” katanya pada sidang media selepas meninjau operasi menyelamat dan melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Johan Setia dan SK Telok Gong di sini, hari ini.