Cuaca Buruk, Helikopter Bawa Abang Jo Terpaksa Mendarat Cemas

KOTA SAMARAHAN: Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan rombongan berdepan dengan detik cemas tadi apabila helikopter yang dinaiki

terpaksa membuat pendaratan cemas di Padang Kawad Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), petang tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, berkata helikopter milik Hornbill Skyways terbabit membuat pendaratan cemas pada jam 2.45 petang susulan cuaca buruk ketika hujan lebat.

“Helikopter yang membawa Ketua Menteri dan beberapa individu lain mendarat di Padang Kawad UNIMAS kerana cuaca buruk.

“Bagaimanapun, tiada kejadian tidak diingini berlaku dan Ketua Menteri meneruskan perjalanan menggunakan jalan darat,” katanya yang dihubungi.

Difahamkan, ketika kejadian Abang Johari bersama rombongan dalam perjalanan pulang ke Kuching selepas meninjau proses pengundian di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong yang ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12) kali ini.

BBerkaitan

Latest articles