BERSATU-PAS Nekad Perkukuh Kerjasama, Tolak ‘Penjajaran Baru’

Meskipun UMNO memutuskan kerjasama dengan BERSATU manakala PAS diasak sama ada untuk terus berpakat atau sebaliknya, kedua-dua parti itu bagaimanapun tegas dengan pendirian untuk terus mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-15 (PRU15).

Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS dan Bersatu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan bersama hari ini.

“BERSATU dan PAS bertegas menolak sebarang bentuk ‘penjajaran baharu’ untuk menubuhkan kerajaan pasca-PRU15, terutama yang melibatkan PH dan sekutunya.

“BERSATU dan PAS sentiasa komited untuk memperkukuhkan penyatuan ummah dan perpaduan seluruh masyarakat majmuk, bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mendokong konsep tersebut.

“Sekaligus menolak sebarang usaha untuk merungkaikan perpaduan yang telah sedia terjalin dan sebarang percubaan menggugat kerajaan PN yang dibina secara bersama,” kata kenyataan itu.

Hamzah dan Takiyuddin turut menyeru semua pertubuhan dan persatuan Melayu, Islam dan Bumiputera terutamanya dan rakyat Malaysia yang cintakan negara agar bersatu.

Reaksi BERSATU dan PAS itu menyusul selepas Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman meminta PAS menyatakan pendirian sama ada untuk bersama UMNO atau BERSATU pada PRU15 nanti.

Pada 29 Mac lalu, Tajuddin berkata sudah tiba masanya PAS menyatakan pendirian sama ada untuk bersama dengan UMNO ataupun BERSATU pada PRU akan datang.

Ini kerana menurutnya UMNO telah menyatakan pendirian untuk bersama PAS dalam PRU nanti dan akan bersendirian sekiranya PAS memilih untuk bersama BERSATU.

BBerkaitan

Latest articles