Anwar Sedia Kerjasama Dengan UMNO

Meskipun masih dalam perbincangan, namun Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan untuk pihaknya bekerjasama dengan UMNO.

Jelas beliau, ia masih belum dibuat secara formal.

“Saya sebut perbincangan, ia belum formal.

“Ada kemungkinan kerjasama, saya tak menolak kemungkinan tapi ini ada terlalu awal untuk saya tentukan,” katanya pada  sidang medianya, semalam.

Ketua Pembangkang itu turut memaklumkan cadangan kerjasama itu mendapat sokongan beberapa Ahli Parlimen UMNO.

Malah katanya, kerjasama itu boleh dicapai sekiranya UMNO bertindak keluar daripada kerjasama dengan BERSATU.

“Ada Ahli Parlimen UMNO yang sokong. Sebagai parti tiada keputusan selain UMNO ambil keputusan keluar dari Bersatu, perbincangan dengan UMNO berterusan,” katanya.

Anwar, bagaimanapun enggan mendedahkan perincian perbincangan antara PKR dan UMNO dengan memberi alasan ia masih terlalu awal.

“Terlalu awal (untuk saya terangkan), ada isu kukuh seperti DEB (Dasar Ekonomi Baharu), pemerintahan yang baik. Ini pandangan-pandangan yang penting.

“Bagi saya satu permulaan sangat positif. Dalam negara kita politik penuh kezaliman. Tak setuju, tangkap, dera, masuk penjara, pukul,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles