Selepas Tok Pa Dan Rina, Kini Hamzah Pula Positif COVID-19

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin merupakan anggota Kabinet terbaharu yang disahkan positif jangkitan COVID-19 hari ini.

Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Hamzah telah melakukan ujian saringan semalam.

“Susulan saringan tersebut, pihak Kementerian Kesihatan telah memaklumkan pada awal pagi tadi bahawa Datuk Seri Hamzah Zainudin disahkan positif COVID-19.

“Oleh yang demikian, Hamzah Zainudin akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh pihak Kementerian Kesihatan,” kata kenyataan itu.

Ujar kenyataan itu, sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin, Ahli Parlimen Larut itu akan terus memantau dan memastikan segala urusan kementerian berjalan dengan lancar dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, semua kontak rapat beliau bermula 8 Januari sehingga 11 Januari lalu diminta ke pusat saringan Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk melakukan saringan COVID-19.

“Hamzah Zainudin yang juga Setiausaha Agung Bersatu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesembuhan kepada beliau dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul atas perkembangan ini,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles