Sultan Johor Biayai Baik Pulih Wad Terbakar

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berkenan membiayai kos membaik pulih Wad Perubatan Perempuan 1 Hospital Sultanah Aminah (HSA), yang terbakar petang semalam.

Dalam muat naik di akaun Facebook, Sultan Iskandar bertitah baginda juga akan melantik kontraktor bagi membolehkan kerja pembaikan dapat dimulakan segera, yang mana kos pembaikan ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

“Saya mahukan Pengarah Jabatan Kerja Raya, Pengarah Kesihatan Johor serta Pengarah Bomba Johor bersama membincangkan segera pelan pembaikan yang akan dilakukan oleh kontraktor.

“Selalunya kos pembaikan jika dilakukan kerajaan akan mengambil sedikit masa kerana terdapat sistem yang perlu dilalui dan saya tidak salahkan kerajaan, oleh demikian saya mahukan kerja-kerja pembaikan dilakukan segera,” titah baginda.

Mengulas lanjut, Sultan Johor bertitah, baginda sentiasa mengutamakan rakyatnya dan peranan YSIJ juga amat besar kerana sentiasa terbabit dalam membantu orang ramai dalam pelbagai perkara.

“Tiada sebarang kecederaan dan kematian dilaporkan dalam kebakaran itu,” titah baginda.

Wad Perubatan Perempuan 1 HSA terbakar kira-kira jam 2.50 petang semalam, namun ia tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 3.13 petang dan kebakaran berjaya dipadamkan lima minit kemudian dengan pesakit dan waris dipindahkan ke lokasi lain di HSA untuk sementara waktu atas faktor keselamatan.

BBerkaitan

Latest articles