Sedih dan marah, itu lah perasaan rakyat apabila satu demi satu kes kematian berpunca daripada pemandu mabuk itu luahan Ketua Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan hari ini.
Katanya Ketika bulan Ramadhan lepas negara dikejutkan dengan terkorbannya seorang anggota Polis Koperal Safwan yang bertugas dalam sekatan jalanraya bagi kuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan.
Hari ini seorang lagi insan tidak bersalah penghantar makanan berusia 44 tahun maut selepas motosikalnya diseret sejauh 2km.
Adakah kita sanggup dengar berita kematian seperti ini setiap hari? soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Kami mendesak agar pindaan akta hukuman lebih berat terhadap pemandu mabuk penyebab kematian ini disegerakan, jangan hiraukan tekananan pihak tertentu terutamanya agen-agen DAP.
Ini adalah keresahan rakyat yang merasakan keselamatan mereka tidak terjamin walaupun sudah berwaspada di jalanraya..
Salam Takziah kami ucapkan kepada ahli keluarga Mohamed Zaili Mohamed semoga tabah hadapi ujian kali ini.. Al-Fatihah..tulis beliau lagi.
Semalam negara dikejutkan dengan satu lagi kejadian maut membabitkan pemandu yang telah melanggar seorang penunggang motosikal di jalan Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Honda EX5 ditunggang mangsa dirempuh Nissan Grand Livina dipandu suspek berusia 21 tahun dari arah belakang.
Katanya, ketika itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa, dekat Ampang selepas menghantar makanan yang dijual isterinya.
“Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke sebelah kiri bahu jalan, manakala motosikalnya diseret sejauh kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.
“Suspek memberhentikan kenderaannya di bawah jejantas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa dekat kawasan itu setelah ditahan orang awam.
“Suspek kemudian dibawa ke Balai Trafik Jalan Tun H S Lee dan keputusan saringan ujian mendapati kandungan positif alkohol dalam pernafasan lelaki berkenaan