Bersatu Muar Buat Pembetulan Kenyataan Media

Bersatu Muar hari ini membuat pembetulan kenyataan yang dikeluarkan melalui YB Syed Saddiq yang mendakwa bahagian itu menolak pemecatan beliau sebagai ahli parti Bersatu Bahagian Muar.

Di dalam satu kenyataan hari ini, Bahagian itu menegaskan bahawa kehadiran mereka hanyalah atas dasar menghormati adab melayu dan kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Muar itu tidak melambangkan pandangan mereka dengan tepat kerana beliau bukan ahli parti.

Kenyataan Media Bersatu bahagian Muar

Menurut kenyataan media itu lagi, Mereka semua tegas bahawa semua urusan parti mestilah berdasarkan perlembagaan parti dan mereka akur dengan keputusan parti itu.

” Maka oleh kerana parti telah mengumumkan bahawa keahlian Yb Syed Saddiq telah gugur, kami akur dengan pandangan tersebut” dan kami mengucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa baik YB Syed Saddiq selama ini. Kami akan berbincang dengan ibu pejabat parti mengenai langkah seterusnya kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan media itu turut mengepilkan senarai 14 orang ahli jawatankuasa yang teridir dari Pengerusi tetap, Timbalan Pengerusi, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, ketua penerangan serta 9 AJK Bahagian itu.

Semalam menerusi laman Facebook Syed Saddiq beliau telah mengongsikan kenyataan  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Muar yang menggesa kemelut parti itu diselesaikan melalui pemilihan baharu parti sekali gus menolak ‘pemecatan’ serta-merta lima ahli Bersatu termasuk Ketua Bahagian Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Keputusan mesyuarat telah sebulat suara menolak pemecatan ke atas Syed Saddiq, atas sebab beliau tidak diberikan hak untuk membela dirinya di hadapan Lembaga Disiplin Parti.

BBerkaitan

Latest articles