Sekumpulan saintis meramalkan wabak Covid-19 hanya akan berakhir pada penghujung tahun ini.
Namun, kajian yang dijalankan daripada Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura itu bagaimanapun menyatakan bahawa ramalan itu akan berubah sekiranya masyarakat dunia tidak patuh dengan perintah sekatan, larangan berkurung dan larangan perniagaan dan aktiviti yang ditetapkan.
Kajian itu dilakukan berdasarkan model matematik yang dicipta untuk meramalkan jangkita pandemik ini di masa akan datang dengan menggunakan data dari kes yang telah disahkan dan jumlah kematian yang dicatatkan.
Ia meramalkan UK akan bebas Covid-19 pada Ogos diikuti AS pada September. –Metro News