Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjawa kebimbangan orang ramai bahawa tidak ada risiko jangkitan Covid-19 dari makanan.
Beliau berkata demikian merujuk kepada bekalan ayam dari kilang ayam di Negeri Sembilan, yang ditutup setelah pekerjanya positif Covid-19.
“Tidak ada risiko jangkitan dari makanan.
“Apabila kita membeli makanan, kita memasaknya, dan virus itu mati,” katanya.
MMA: Bekas Pesakit Covid-19 Boleh Bekerja Seperti Biasa
Namun pihaknya masih menunggu laporan dari jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia sekiranya virus itu dijumpai di dalam haiwan.
“Setakat ini, kami belum dapat memastikan sama ada terdapat virus (covid-19) pada haiwan itu,” katanya.
Untuk rekod, sebuah kilang ayam di Pedas Linggi ditutup yang membekalkan bekalan kepada Tesco Malaysia ditutup setelah 60 orang didapati positif Covid-19 di daerah itu.
Tesco Malaysia, dalam satu kenyataan, telah menyatakan bahawa ia berhenti mengambil ayam dari kilang berkenaan.
“Sebagai langkah pencegahan, kami segera berhenti mendapatkan sumber dari kilang Pedas Linggi mereka sehingga diberitahu lebih lanjut.
“Kami terus mencari bekalan ayam dari pembekal kami yang lain untuk memastikan stok tetap tersedia untuk pelanggan di kedai sepanjang bulan Ramadhan ini dan pada masa Raya yang akan datang,” kata kenyataan itu.