Polis Berjaya Tangkap 16 Orang Terlibat Sindiket Judi Dalam Talian

Pihak polis berjaya memberkas 16 orang termasuk dua wanita tempatan kerana disyaki terlibat sebagai operator dalam sindiket judi online. Kesemua mereka ditahan di sebuah apartmen di Prima Selayang, Gombak semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, semua orang yang ditahan berusia kira-kira 18 hingga 39 tahun ditahan ketika polis membuat serbuan pada pukul 7.30 malam di tiga unit berasingan.

Katanya, serbuan pertama dilakukan di tingkat 17 iaitu tempat tinggal mereka sebelum menemui pusat operasi judi di tingkat 20 dan 24,” katanya pada sidang akhbar di akhbar di apartmen berkenaan.

Menurut beliau, polis juga merampas 13 komputer riba dan 31 buah telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk kegiatan itu.

“Modus operandi sindiket itu ialah menyebarkan pautan laman web judi dalam talian menerusi mesej kepada pemain terdiri daripada warga tempatan.

“Siasatan awal mendapati sindiket terbabit menawarkan beberapa laman web judi dalam talian kepada pemain yang membolehkan mereka meraih jumlah pertaruhan mencecah RM30,000 sehari,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal juga mendapati sindiket ini beroperasi sejak dua bulan lalu dengan menggaji individu warga tempatan sebagai operator sebanyak RM2,000 sebulan.

“Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya. – TRI

BBerkaitan

Latest articles