`Angelina Jolie Iran’ Tenat Akibat Covid 19

Gadis Iran yang sebelum ini terkenal dengan gelaran `Angelina Jolie Iran’ kini dilaporkan tenat selepas dijangkiti coronavirus ketika berada di dalam penjara.

Sahar Tabar, 22, atau nama sebenarnya, Fatemeh Khishvand yang berasal dari Tehran, dimasukkan ke penjara pada bulan Oktober tahun lepas kerana mengubah penampilannya secara drastik melalui pembedahan kosmetik.

Dia yang juga selebriti media sosial turut didakwa kufur, menjana pendapatan melalui cara yang tidak sesuai dan menggalakkan rasuah dalam kalangan golongan muda.

Meskipun badan hak asasi di Iran memohon supaya Sahar dikenakan ikat jamin namun hakim menolaknya.

Sahar menjadi terkenal pada 2017 selepas dilaporkan melakukan 550 pembedahan kosmetik semata-mata mahu menjadi seperti Angelina Jolie.

Angka kematian akibat Covid 19 di Iran dilaporkan mencecah 4,777 dengan jumlah jangkitan dilaporkan sebanyak 76,389 kes sekali gus menjadikan negara tersebut sebagai negara di Timur Tengah yang paling teruk dilanda virus berkenaan.

 

BBerkaitan

Latest articles