8 Krew terselamat, kapal mewah karam

KLANG – Seramai lapan krew kapal mewah, Ocean Serene Langkawi berjaya diselamatkan apabila kapal mereka karam di perairan Pelabuhan Selatan di sini malam tadi.

Insiden itu tular menerusi video berdurasi 2 minit 50 saat di laman sosial memaparkan detik-detik kesemua krew itu diselamatkan sebuah bot pemancing lapor Kosmo Online.

Menurut perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali Hamzan Setia yang dipercayai individu yang menyelamatkan mangsa-mangsa terbabit memaklumkan kesemua krew terdiri daripada warga tempatan, Indonesia dan Filipina.

Katanya, operasi menyelamat itu mengambil masa kira-kira 15 minit.

“Balik dari laut rescue (selamatkan) kapal mewah Ocean Serene Langkawi tenggelam. Ambil masa dalam 15 minit rescue.

“Allah yang gerakkan saya lalu dekat situ. Alhamdulillah, semua kru kapal mewah (seramai) lapan orang selamat,” katanya menerusi hantaran di Facebook tersebut.

Hamzan memberitahu dia tidak menolak kemungkinan kapal mewah difahamkan berharga RM15juta tersebut berlanggar dengan kapal lain di sekitar kawasan berkenaan.

“Time (masa) ini, tuck boat (kapal tunda) tengah bawa kapal nak masuk Pelabuhan Selatan dalam gelap (dan) arus laju,” jelasnya.

Sementara itu, rata-rata pengguna kagum dengan kepantasan misi bantuan dilakukan Hamzan dan rakannya di bot tersebut.

“Allah temukan masa yang terbaik.tahniah,Hamzan dipilih. Semoge semua selamat.teruskan niat murni itu, ” kata pengguna Asrul Jawe.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna Ayie Minske menyatakan kapal itu yang mempunyai tiga fungsi sebagai hotel terapung, persiaran dan restoran baharu sahaja hendak memulakan operasinya pada Oktober ini.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,871FollowersFollow
21,200SubscribersSubscribe

Terkini