8 Juta Turun Ke Jalanan – Bantahan Terbesar Terhadap Trump

MINNEAPOLIS: Gelombang kemarahan rakyat Amerika Syarikat semakin memuncak apabila dianggarkan sekitar lapan juta individu turun menyertai protes besar-besaran ‘No Kings’ yang menyasarkan kepimpinan Presiden Donald Trump.

Menurut pihak penganjur, demonstrasi tersebut bukan sekadar himpunan biasa, sebaliknya melibatkan lebih 3,300 lokasi di kesemua 50 negeri, menjadikannya antara gerakan protes paling meluas pernah direkodkan di negara itu.

Lebih menarik, jumlah kehadiran kali ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding protes yang berlangsung pada Oktober tahun lalu, dengan tambahan kira-kira satu juta peserta serta 600 lagi acara dianjurkan di seluruh negara.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Amerika Syarikat tidak mengeluarkan sebarang angka rasmi berhubung jumlah sebenar peserta yang terlibat dalam himpunan berkenaan.


Protes ‘No Kings’ ini dilihat sebagai manifestasi rasa tidak puas hati rakyat terhadap kepimpinan semasa, sekali gus memberi isyarat jelas bahawa tekanan politik terhadap pentadbiran Trump semakin memuncak.

BBerkaitan

Latest articles