7 Peratus Setakat jam 9 pagi – SPR

Melaka – Sejumlah 7 peratus pengundi di Melaka sudahpun menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi setakat jam 9 pagi ini umum SPR

Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bermula 8 pagi ini dengan 217 pusat pengundian dibuka membabitkan sebanyak 1,109 saluran bagi membolehkan rakyat Melaka memilih kerajaan baharu.

Pengundian membabitkan 476,037 pengundi biasa daripada keseluruhan 495,195 pengundi, akan dikendalikan seramai 12,290 petugas pilihan raya di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga waktu mengundi tamat pada 5.30 petang.

Calon bagi Lendu yang juga calon Barisan Nasional sebagai Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali bersama isteri

Dalam pada itu Calon Lendu yang juga calon Barisan Nasional sebagai Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali selamat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Daun, Masjid Tanah pagi.

Beliau bersama isterinya yang turut membuang undi di pusat pembuangan undi berkenaan sempat mengimbas kembali memorinya di mana beliau adalah alumni di sekolah berkenaan ketika disapa media sejurus beliau keluar dari pusat pembuangan undi berkenaan.

Dalam pada itu, Calon BN DUN Tanjung Bidara Datuk Seri Ab Rauf Yusoh turut selesai memgundi di SK Jeram, Masjid Tanah seawal pagi ini manakala Calon BN N23 Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan isteri Datin Sri Wangi Sujud, selesai mengundi di SMK Telok Mas jam 9.35 pagi ini.

Calon BN N23 Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan isteri Datin Sri Wangi Sujud, selesai mengundi di SMK Telok Mas jam 9.35 pagi ini.

Sementara itu tinjauan di Dun Duyong pula menyaksikan proses pengundian berjalan lancar di mana para petugas kesihatan turut melakukan pensanitasian secara berkala di tempat-tempat mengundi.

Calon Barisan Nasional Mohd Noor Helmy ketika ditemui pemberita di SK Duyong pagi ini.

Calon Bagi DUN Duyong yang ditemui pagi ini berkata beliau telah mejalankan kawajipannya sekitar jam 8.26 pagi dan katanya proses yang berjalan hari ini berlangsung dengan sangat teratur dan masa menunggu untuk membuang undi juga tidak terlalu lama.

Nur Sa’aidah Mohd Asri

Bagi pengundi muda,Nur Sa’aidah Mohd Asri yang juga merupakan seorang pelajar UPSI,  telahpun menunaikan tanggungjawabnya itu pagi ini. Beliau  turut memuji pengurusan yang telah dilakukan oleh SPR di mana petugas-petugas membantu para pengundi di dalam proses untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Pengundi di Melaka akan menentukan Kerajaan baharu yang akan menerajui pentadbiran Melaka untuk tempoh lima tahun ditentukan sejumlah 495,195 pengundi berdaftar di negeri itu hari ini.

Sebanyak 217 pusat mengundi membabitkan 1,109 saluran dibuka bermula pada 8 pagi ini.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Advertisment

Terkini