7 Negeri Dilanjutkan PKP Hingga 4 Feb

Kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap tujuh negeri sehingga 4 Februari depan.

Tujuh negeri terbabit ialah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor, Kelantan dan Sabah.

PKP di negeri-negeri tersebut sepatutnya tamat pada 26 Januari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia susulan perkembangan semasa dan trend peningkatan kes COVID-19 di negeri terbabit.

BBerkaitan

Latest articles