7 Lelaki Rogol Budak 11 Tahun, Enam Suspek Adalah Adik-beradik

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun menjadi mangsa rogol tujuh lelaki yang merupakan rakan kepada abangnya.

Kejadian dipercayai berlaku di Kampung Pahat Luar Gerik, pada 3 November lalu .

Ketua Polis Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood memaklumkan pihaknya bertindak menahan tujuh lelaki berusia 13 hingga 31 tahun selepas dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu.

Lebih teruk, enam daripada suspek tersebut adalah adik-beradik.

Zulkifli dalam kenyataanya berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa selepas diberitahu oleh suaminya.

Adik mangsa yang berusia sembilan tahun turut menyaksikan kejadian rogol ke atas mangsa.

Dalam laporannya, wanita itu mendakwa anaknya dirogol secara bergilir-gilir oleh tujuh suspek.

“Siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku kira-kira 2 petang 3 November lalu dengan ia disaksikan adik lelaki mangsa yang melihat tujuh suspek itu merogol mangsa di dalam bilik rumah jiran bersebelahan di Kampung Pahat Luar Gerik.

“Saksi juga memberitahu dia ada melihat kejadian sama berlaku kepada kakaknya sebelum ini dan perkara ini sudah beberapa kali berlaku,” ujarnya.

Zulkifli berkata, mangsa tidak bersekolah.

Katanya, semua suspek ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik kira-kira jam 1.51 pagi semalam.

Tambah beliau, saringan awal air kencing bagaimanapun mendapati semua suspek berkenaan bebas pengaruh dadah.

Zulkifli berkata, semua suspek direman tujuh hari bermula semalam hingga 27 November ini untuk siasatan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

BBerkaitan

Latest articles