528 Tahanan Etnik Rohingya Larikan Diri Dari Depot Tahanan Sementara – KP Imigresen

PUTRAJAYA: Seramai 528 tahanan etnik Rohingya dilaporkan melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang, jam 4.30 pagi tadi.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata siasatan awal mendapati tahanan melarikan diri selepas berjaya memecahkan pintu blok dan pagar penghadang di depot berkenaan.

Beliau berkata, berikutan itu pegawai bertugas mengaktifkan prosedur operasi standard (SOP) dengan menghubungi pihak polis dan agensi berkaitan bagi mendapatkan bantuan.

Katanya, gerakan mencari dan menahan semula tahanan yang melarikan diri sedang giat dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan orang ramai.

“Setakat jam 10 pagi tadi, seramai 362 tahanan berjaya ditahan semula dan gerakan mencari baki tahanan yang lain sedang diteruskan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lokasi tahanan yang melarikan diri ini diminta memaklumkan kepada pihak Jabatan Imigresen dan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seramai 700 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di depot berkenaan melarikan diri awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, kumpulan PATI antaranya dipercayai warga Bangladesh, Indonesia dan etnik Rohingya dilihat keluar beramai-ramai dari depot terbabit oleh penduduk tempatan.

Difahamkan, semua tahanan itu di bawah seliaan Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang, namun ditempatkan di depot tahanan sementara berkenaan sebelum urusan penghantaran pulang dilakukan.

Dalam pada itu Usaha mengesan baki 205 lagi tahanan membabitkan etnik Rohingya yang masih bebas selepas meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau di Bandar Baharu, dekat sini, awal pagi tadi kini dipergiatkan dengan membabitkan pelbagai agensi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, mereka adalah sebahagian daripada 528 tahan yang melarikan diri dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi tadi, sebelum lebih 300 daripada mereka ditahan di beberapa lokasi berasingan.

BBerkaitan

Latest articles