KOTA KINABALU: Lima remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Kanak-Kanak, hari ini, atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dalam kejadian di sebuah sekolah di Papar pada 15 Julai lalu.
Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Elsie Primus, pada prosiding tertutup.
Mereka dibenarkan diikat jamin RM5,000 dengan deposit RM1,000 setiap seorang bersama penjamin tempatan.
Mahkamah menetapkan 25 September dan 16 Oktober depan untuk sebutan semula, manakala perbicaraan penuh dijadualkan Disember ini.