40% populasi dewasa terima dos penggalak

KUALA LUMPUR: Sebanyak 9,364,326 individu atau 40% daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman CovidNow, daripada jumlah itu sebanyak 145,922 dos penggalak diberikan semalam.

Selain itu, seramai 22,903,466 individu atau 97.8% daripada populasi dewasa negara telah melengkapkan vaksinasi manakala 23,183,820 individu atau 99 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,773,734 atau 88.1% daripada kumpulan itu telah lengkap menerima vaksin Covid-19 manakala 2,861,589 atau 90.9% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, 147,655 dos suntikan vaksin diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 60,884,363.

Sementara itu, menurut portal Github KKM, 12 kes kematian direkodkan semalam – Bernama

BBerkaitan

Latest articles