4 Remaja Terbabit Kes Rogol Dibuang Sekolah, Ambil SPM Di Tempat Lain

PUTRAJAYA: Empat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang disiasat berhubung kes rogol pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di Melaka tidak akan menduduki peperiksaan di sekolah asal mereka.

Sebaliknya, kesemua suspek akan ditempatkan di lokasi khas yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan kelancaran peperiksaan dan keselamatan semua pihak.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dr Mohd Azam Ahmad menegaskan, kebenaran untuk mereka menduduki SPM tidak sesekali bermaksud mereka terlepas daripada tindakan undang-undang.

“Hak mereka sebagai murid dan calon SPM tetap diberikan. Namun, kebenaran menduduki peperiksaan tidak menghalang atau menjejaskan proses siasatan dan tindakan undang-undang,” katanya pada sidang media hari ini.

Dalam masa sama, Dr Mohd Azam memaklumkan bahawa Lembaga Tatatertib Sekolah telah bersidang dan memutuskan untuk membuang sekolah semua suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Langkah itu diambil selepas mengambil kira seriusnya kesalahan serta demi menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar lain.

BBerkaitan

Latest articles