Simpang Renggam – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke 15 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N27 Simpang Renggam, 12 Mac ini menyaksikan pertandingan secara empat penjuru.
Ianya dimaklumkan oleh Pegawai Pengurus PRN Simpang Renggam, Abdul Hakim B abdul manaf pada jam 10.32 sebentar tadi.
Empat calon terbabit ialah calon Dr Mazlee Malik (PKR), Alagathiran A/L Krishnan (PN), Hj Mutalib Rahim Barisan Nasional (BN) dan Calon dari Parti PEJUANG Ahmad Shafiq .
Menurut Abdul hakim, SPR telah membuat proses semakan Proses semakan dan cabut undi pada kertas undian selesai tanpa penolakan atau bantahan dikemukakan mana-mana pihak katanya ketika membuat Pengumuman rasmi calon yang bertanding di Dewan Muafakat, Majlis Perbandaran Simpang Renggam.
“ selepas menyemak kertas pencalonan itu dan saya berpuas hati sekali gus tidak ada calon ditolak borang mereka,” katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Johor menetapkan 12 mac sebagai tarikh PRN Johor dan pengundian awal pada 8 mac ini.