300 Pekerja Media Prima Terima Notis Tamat Perkhidmatan 31 Julai Depan

Media Prima Bhd sekali lagi mengambil langkah pengurangan kos operasi dengan memberhentikan 300 kakitangannya, dengan surat notis akan diberikan hari ini dan tarikh terakhir perkhidmatan mereka pada 31 Julai depan.

“Inisiatif-inisiatif ini melibatkan perubahan operasi di unit-unit terpilih untuk mengatasi ketakcekapan kos yang timbul daripada pertindihan kerja.

“Transformasi perniagaan ini bertujuan menjadikan kumpulan sebagai model perniagaan yang mantap dan mampan untuk jangka masa sederhana dan panjang,” demikian memetik kenyataan Media Prima.

Keputusan pemberhentian itu dicapai hasil perbincangan bersama syarikat dan wakil daripada lima kesatuan sekerja berkenaan pelaksanaan fasa seterusnya transformasi perniagaan.

Media Prima memaklumkan akan melaksanakan fasa seterusnya transformasi perniagaan susulan perubahan dalam sektor media dan keadaan ekonomi makro yang mencabar, yang ditambah lagi oleh wabak Covid-19.

Faktor-faktor tersebut menyebabkan pelaksanaan fasa seterusnya transformasi dipercepatkan, termasuk semakan semula model pendapatan dan pengurusan kos yang bersesuaian, katanya.

Operasi Media Prima termasuk empat steven televisyen (TV3, ntv&, 8TV dan TV9), beberapa akhbar, empat stesen radio, dan sejumlah laman web dan beberapa syarikat pengiklanan.

BBerkaitan

Latest articles