30 Ahli Parlimen BN Setuju Sokong Anwar?

KUALA LUMPUR: Satu lagi surat mengaitkan sokongan Barisan Nasional (BN) terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sedang tular di media sosial ketika ini.

Surat berkenaan menggunakan kepala surat BN untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Intipati surat itu menyebut persetujuan Dewan Tertinggi BN untuk mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan dalam pembentukan kerajaan Persekutuan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Malah surat itu juga ditandatangani Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dikatakan kandungan surat itu adalah perkara yang sama dibincangkan dalam dua mesyuarat BN dan UMNO malam tadi.

Dalam surat tersebut juga terkandung ayat: “Patik lampirkan di sini sesalinan 30 Akuan Bersumpah Penamaan Perdana Menteri Malaysia Ke-10 (Lampiran III). Ampun Tuanku.

“Patik juga ingin memaklumkan bahawa apa-apa dokumen bertulis sama ada dalam bentuk surat atau akuan oleh mana-mana 30 ahli Dewan Rakyat daripada Parti Barisan Nasional Malaysia atau daripada Parti-parti Komponennya yang menamakan seorang ahli Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 selain daripada yang di atas adalah tidak sah dan terpakai serta tidak patut dipertimbangkan yang mana lanya tidak mewakili dan menzahirkan keputusan Parti Barisan Nasional Malaysia.”

Sehingga kini belum dapat dipastikan kesahihan surat berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles