29 Peratus Pengundi Johor Laksana Tanggungjawab Sehingga Jam 12 Tengah Hari

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan memaklumkan sebanyak 29 peratus pengundi di Johor telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 12 tengah hari tadi.

Proses pengundian dibuka secara rasmi pada pukul 8 pagi, dengan 1,021 pusat pengundian dibuka untuk proses pengundian bagi membolehkan 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Pada PRN kali ini, seramai 239 calon daripada 15 parti politik akan bertanding merebut 56 kerusi DUN.

Kebanyakan pusat mengundi akan ditutup pada 4 petang hari ini.

Sebanyak 15 pusat mengundi pula akan ditutup pada 2 petang, manakala 41 pusat mengundi ditutup pada 4 petang.

Pusat mengundi yang mempunyai satu atau dua saluran pula akan ditutup lebih awal seperti yang diwartakan iaitu Balai Raya Pulau Besar di Mersing ditutup pada 11 pagi, Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pemanggil, Mersing pada 1 tengah hari.

BBerkaitan

Latest articles