28,287 Mangsa Banjir Telah Terima BWI

KUALA LUMPUR: Bantuan Wang Ihsan (BWI) telah berjaya disalurkan kepada 28,287 mangsa banjir yang terkesan dengan bencana berkenaan, demikian menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Sehingga jam 12 tengahari, seramai 28,287 mangsa bencana banjir telah menerima bantuan Wang Ihsan (BWI).

“Bagi mereka yang masih belum mendaftar atau menerima manfaat ini, boleh segera menghubungi pegawai daerah anda untuk bantuan segera oleh kerajaan,” katanya dalam satu ciapan di Twitter beliau hari ini.

Ismail Sabri dalam pada itu memberitahu bahawa BWI yang diberikan kepada mangsa banjir kali ini paling cepat dalam sejarah.

Apatah lagi ia berjaya dilaksanakan dalam tempoh 10 hari selepas bencana banjir berlaku beberapa negeri, termasuk di Melaka, dimana bantuan diberikan kepada mangsa terlibat.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia dengan lima insentif pemberian tunai disediakan oleh kerajaan yang keseluruhannya mencecah RM10,000 bagi setiap ketua isi rumah (KIR), malah mencapai sehingga RM61,000 bagi individu alami kemusnahan rumah.

BBerkaitan

Latest articles