27 Pimpinan Tertinggi MPT Dan Negeri BERSATU Umum Sokong Muhyiddin Yasin

Kumpulan dari Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia hari ini menegaskan keputusan mesyuarat pada 23 Februari 2020 untuk BERSATU keluar dari Pakatan Harapan dan membentuk sebuah gabungan politik baharu dengan parti-parti lain di luar PH adalah jelas dan tidak perlu dipertikaikan.

Melalui kenyataan media yang diedarkan sebentar tadi mereka  turut menyatakan bahawa MPT menyokong sepenuhnya penubuhan Perikatan Nasional sebagai sebuah gabungan parti-parti politik dengan matlamat dan tujuan yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman Perikatan Nasional.

“ Demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan politik negara, kami bersetuju BERSATU menyertai Perikatan Nasional dan turut memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan Perikatan Nasional di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin, Presiden BERSATU “ tulis kenyataan media itu lagi.

Seramai 27 orang pimpinan yang terdiri dari Ahli Majlis MPT dan Ketua Badan Pimpinan Negeri yang diantaranya adalah Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ( Naib Presiden), Datuk Seri Rina Harun (Ketua Srinkadi ), Dato’ Seri Hamzah Zainudin ( Setiausaha Agung) dan juga Dato Mohamed Salleh Bajuri ( Bendahari Agung) serta Dr Radzi Jidin ( Ketua Penerangan).

Manakala Ketua Badan Perhubungan Negeri yang menandatangani kenyataan bersama itu  adalah  Datuk Abdul Rashid Bin Asari – Naib Presiden ( Selangor), Wan Mohd Shahrir Bin Wan Abd Jalil – Ahli MPT (Pahang), Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu – Ahli MPT (Perak), Datuk Seri Mohd Redzuan Bin Md Yusof – Ahli MPT (Melaka) , Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr Rais Bin Yatim (Negeri Sembilan), Datuk Kamarudin Bin Md Nor ( Kelantan), Datuk Seri Hajiji Bin Hj. Nor ( Sabah), Datuk Razali Bin Idris ( Terengganu), Mazlan Bujang ( Johor), Kapt (b) Muhammad Suhaimi ( Wilayah Persekutuan) serta Jaziri Alkaf Suffian ( Sarawak )

Untuk Rekod Bersatu struktur kepimpinan bersatu ialah  pengerusi, presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden dan 20 ahli jawatankuasa (AJK) serta 189 bahagian

Baru-baru ini juga Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Dr Radzi Jidin menegaskan kenyataan bekas Setiausaha Agung Bersatu, Senator Datuk Marzuki Yahya kelmarin yang mendakwa parti itu tidak pernah membuat keputusan keluar dari Pakatan Harapan (PH) adalah tidak betul.

Menurutnya, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada mesyuarat 23 Februari lalu telah membuat keputusan yang jelas untuk keluar daripada PH dan membentuk sebuah gabungan politik baharu dengan parti-parti lain di luar PH.

Kenyataan Media Bersama – 18.05.2020_v7

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BBerkaitan

Latest articles