23 Adun Kedah Umum Hilang Kepercayaan Ke Atas Mukhriz Mahathir

Ketua Pembangkang Negeri Kedah yang juga adun Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini mengumumkan 23 dari 36 Ahli Dewan Negeri (ADUN) Kedah telah hilang kepercayaan keatas Menteri Besar Kedah iaitu Dato Seri Mukhriz Mahathir.

Bercakap di dalam sidang media sebentar tadi, beliau memaklumkan bahawa  jumlah ADUN itu terdiri daripada 15 ADUN dari PAS, 2 Dari Barisan Nasional, 2 bekas ahli PKR yang telah meninggalkan parti itu tengahari tadi serta 4 lagi dari parti bersatu.

” Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa hari ini, selasa bertarikh 12 mei 2020, bersamaan 14 Ramadhan 1441H, seramai 23 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan YAB Dato’ Seri Mukhriz Mahathir selaku Menteri Besar Kedah”

” Dengan hilangnya kepercayaan ke atas kepimpinan tersebut maka kerajaan Pakatan Harapan Kedah telah jatuh dan telah hilang keabsahan kuasa selaku kerajaan Negeri Kedah berkuatkuasa serta merta” katanya lagi.

Baca :

Tambahnya lagi, di atas kesepakatan bersama 19 daripada 23 ADUN yang hadir hari ini bersetuju untuk membetuk Kerajaan Negeri kedah yang baharu atas nama Kerajaan Perikatan Nasional’

Ditanya mengenai siapakah Calon menteri Besar yang dinamakan jelas Sanusi, Presiden di dalam gabungan Perikatan Nasional di peringkat persekutuan akan mengemukakan calon Menteri besar Kedah yang baharu. Ini bagi membentuk sebuah kerajaan negeri yang tertib dan aman mengikut acuan Negeri Kedah katanya lagi.

” Nama Calon Menteri Besar yang baharu itu akan dikemukakan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri kedah bagi diperkenan dan seterusnya menerima tauliah perlantikan dari DYMM Sultan Kedah”

Ketika ditanya siapakah 4 Orang ADUN Bersatu yang turut bersama mereka itu, Sanusi menjelaskan mereka ialah Yb Wira Ku Rahman ( Guar Perahu), Halimaton Shaadiah Saad ( Bukit Kayu Hitam), Firdaus Ahmad ( Kuah) dan juga Juhari Bulat ( Ayer Hangat) – TRI

BBerkaitan

Latest articles