2 beradik ditemui maut ekoran kebakaran di Gombak

Dua beradik ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah rumah teres di Jalan Dewan Simpang Tiga, Gombak, awal pagi tadi.

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis, berkata mangsa yang maut adalah Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 9, dan adik lelakinya berusia enam tahun Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan.

Beliau berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.54 pagi dan 22 anggota dari Balai Bomba Selayang dan Rawang serta Pasukan Bomba Sukarela Gombak telah diarahkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa ditemukan rentung di sebuah bilik dan dipercayai terperangkap ketika kejadian berdasarkan keadaan mayat. Kebakaran itu melibatkan kemusnahan dianggarkan kira-kira 70% daripada keseluruhan rumah dan kedua-dua mangsa dibawa keluar pada 4.43 pagi,” katanya kenyataan.

Norazam berkata, ketika kejadian, ibu bapa mangsa tidak berada di rumah dan pintu rumah dikunci.

BBerkaitan

Latest articles