2 Anggota Polis Terbunuh, Satu Cedera Dalam Insiden Serangan Balai Polis Ulu Tiram

JOHOR BHARU — Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar mengesahkan bahawa dua anggota polis terbunuh dalam satu kejadian
serangan di Balai Polis Ulu Tiram Johor pagi tadi

Di dalam kejadian itu, Suspek pelaku turut dimaklumkan ditembak mati manakala seorang lagi anggota polis turut cedera menjadikan keselurahan 3 anggota polis yang terlibat dan seorang suspek pelaku terlibat di dalam insiden yang berlaku sekitar jam 2.54 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Johor itu lagi dua anggota polis dan suspek yang maut dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), manakala anggota yang mengalami kecederaan dirawat di hospital berkenaan.

“Siasatan awal mendapati anggota polis ditetak dan ditembak. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Difahamkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam perjalanan ke lokasi kejadian

Kejadian dipercayai jam 2.54 pagi apabila seorang lelaki bertopeng dan berpakaian gelap yang bersenjatakan parang menyerang balai polis berkenaan.

Suspek terlebih dahulu menyerang dua anggota polis bertugas dan merampas dua laras senjata.

Dia melepaskan dua das tembakan terhadap seorang anggota yang menyebabkan kecederaan pada bahu serta perut dan seorang lagi anggota ditetak pada belakang leher dan kepala.

BBerkaitan

Latest articles