2 Adun UPKO Keluar Parti, Sokong Perikatan Nasional

Desas desus mengenai perubahan politik di Sabah semakin ketara apabila 2 Adun dari parti UPKO yang menyokong Kerajaan Warisan mengumumkan meninggalkan parti itu hari ini.

Adun Kuala Penyu yang juga Naib Presiden UPKO Datuk Limus Juri serta Adun Sugut dan Datuk James Ratib, ( Ahli Majlis Teringgi Parti) mengumukan perletakan jawatan mereka berdua di dalam parti UPKO dan bertindak menjadi Adun bebas yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

Pada sidang media hari ini, tindakan kedua-dua mereka meninggalkan parti UPKO adalah disebabkan hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti.

Selain itu, tindakan mereka juga adalah untuk memastikan kelangsungan pembangunan di kawasan masing-masing.

Ekoran pengumuman itu, kedua-dua mereka kini menjadi ADUN Bebas dan belum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti.

Bagaimanapun, mereka menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan kepimpinan UPKO kerana memberi peluang bersama-sama dalam kerajaan negeri,” katanya James dan Limus

Dalam pada itu menurut James lagi,  beliau sedia menyokong bekas ketua menteri Musa Aman sekiranya beliau memegang jawatan itu sekali lagi.

Menurutnya, beliau turut menjangkakan lebih ramai lagi Adun dari parti pemerintah negeri itu akan bertukar haluan dalam beberapa hari lagi.

Bagaimanapun, tindakan mereka buat masa ini tidak menjejaskan kerajaan Sabah yang diterajui Mohd Shafie Apdal, yang mempunyai dua pertiga atau 44 daripada 65 kerusi DUN.

BBerkaitan

Latest articles