KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membela diri untuk empat pertuduhan salah guna kuasa bagi memperoleh suapan bernilai RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Keputusan dibacakan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah selepas mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas ahli Parlimen Pekan itu bagi empat pertuduhan berkenaan.
Najib yang hadir dengan berkot biru duduk di kandang tertuduh duduk tenang sambil diperhatikan ahli keluarganya.
Pada ketika ini, Najib sedang menjalani hukuman penjara sejak Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan dalam perbicaraan jenayah berasingan melibatkan dana RM42 juta milik bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Ketika hakim bertanya apakah pilihan beliau untuk membela diri, Najib memilih untuk memberikan keterangan bela diri daripada kandang saksi secara bersumpah dan boleh disoal oleh pihak pendakwaan.
Pad ketika ini Hakim masih membacakan keputusan 21 pertuduhan pertuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan nilai daripada dana yang sama.