KUALA LUMPUR: Punca Utama kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018 bukan kerana skandal penyelewengan dana milik syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun berkata skandal 1MDB hanya salah satu punca kekalahan selain beberapa isu lain ketika itu.
Namun bekas Ahli Parlimen Pekan itu tidak menafikan ada pihak yang sengaja mengaikan dirinya dengan skandal itu meskipun perkara itu juga dibincangkan secara terbuka serta berterusan melakukan serangan.
Najib menegaskan, dana ratusan juta yang masuk ke dalam akaun peribadinya itu adalah sumbangan politik daripada Arab Saudi.
Jelas beliau, walaupun ada pihak cuba mengaitkan dana itu dengan dana 1MDB namun kedua-dua itu adalah perkara berbeza serta dirinya tidak mempunyai kaitan dengan penyelewengan itu.
Dalam pada itu, Najib mendedahkan perbincangan tentang sumbangan politik oleh Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud turut dihadiri bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; bekas Menteri Luar, Tan Sri Anifah Aman dan bekas duta Malaysia ke Arab Saudi, Prof Datuk Syed Omar Syed Mohamad Al-Saggaf pada 2010 dalam satu pertemuan tertutup.
Ketika ditanya tentang peranan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Taek Jho atau Jho Low, kata Najib, lelaki itu hanya cuba mengatur pertemuan itu kerana mempunyai hubungan akrab dengan dengan Raja Arab Saudi.
Namun, kata Najib, pada masa sama, pihaknya juga cuba mengaturkan pertemuan itu mengikut saluran untuk sekian lama bagi pertemuan tersebut.
Prosiding akan bersambung pagi esok di hadapan Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah.
Najib sedang membela diri terhadap empat pertuduhan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram.