1,900 sijil vaksin Covid-19 palsu dirampas

Kuala Terengganu: Polis Terengganu membongkar kegiatan penjualan sijil vaksinasi Covid-19 dipercayai palsu dengan merampas kira-kira 1,900 sijil.

Memetik laporan Harian Metro Kegiatan itu terbongkar susulan serbuan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri yang membawa kepada penahanan seorang doktor lelaki berusia 51 tahun di klinik swasta di Marang, pada 7 malam kelmarin.

https://vt.tiktok.com/ZSeQNTc2K/

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat diterima mengenai penipuan mengeluarkan sijil vaksin kepada golongan tidak mahu disuntik atau golongan anti vaksin.

Beliau berkata, suspek dipercayai berurusan dalam talian sejak September lalu dengan setiap suntikan dikenakan bayaran antara RM400 hingga RM600.

“Setakat ini, terdapat kira-kira 1,900 individu yang terbabit mendapatkan sijil ini dan kita sedang menyiasat sama ada semuanya tulen atau sebaliknya,” katanya pada sidang media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong.

Latest articles

Related articles

spot_img