18, 19 Nov Cuti Umum PRU15, Tol Percuma Dan Bayaran Gaji Awal – PM

KUALA LUMPUR: Sebagai memberi ruang dan kemudahan kepada para pengundi, kerajaan hari ini bersetuju mengumumkan tarikh 18 dan 19 November sebagai hari pelepasan am.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan hal itu ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Wisma Cuepacs Putrajaya, hari ini.

“Saya tidak mahu seorang pun dilarang mengundi.

“Bagi negeri Sabah dan Sarawak, Kerajaan-kerajaan negeri boleh mengisytiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memaklumkan, 30 syarikat konsesi lebuhraya bersetuju untuk memberikan tol percuma pada dua hari tersebut.

“Tol percuma tersebut akan bermula dari pukul 12.01 pagi 18 November (Jumaat) hingga 11.59 malam pada hari Sabtu, 19 November 2022, melibatkan semua kenderaan jenis persendirian Kelas 1 sahaja yang dianggarkan sekitar 90 peratus dari jumlah keseluruhan kenderaan di lebuhraya.,” katanya lagi.

Datuk Ismail Sabri turut mengumumkan pembayaran gaji bagi bulan November diawalkan pada 17 November depan.

“Bagi pesara pula, bayaran pencen diawalkan pada 14 November 2022.

Perkara ini diharap dapat meringankan beban kos penjawat awam yang ingin pulang ke kampung halaman bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya lagi.

BBerkaitan

Latest articles