14 Pelajar OKU Dicabul Pelajar Tingkatan Satu Yang Juga OKU

KUALA LUMPUR: Polis Pulau Pinang menahan seorang pelajar Tingkatan Satu selepas didakwa mencabul 14 pelajar orang kelainan upaya (OKU) di asrama sebuah sekolah menengah, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, pihaknya menerima laporan jenayah seksual itu daripada pengetua sekolah terbabit.

Sehubungan itu polis bertindak menangkap suspek yang juga OKU berusia 13 tahun.

Mohd Asri menjelaskan seramai 14 lelaki berusia antara 13 dan 14 tahun yang mengalami masalah pembelajaran, penglihatan, pendengaran serta autisme dilaporkan menjadi mangsa cabul suspek.

“Suspek telah ditahan semalam selepas kita terima laporan dan siasatan dijalankan mengikut Akta 14 Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak kerana melakukan amang seksual.

“Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mohd Asri turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyembunyikan sebarang maklumat mengenai jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

“Peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 19 akta yang sama iaitu kegagalan memberi maklumat mengenai perlakuan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak boleh didenda tidak melebihi RM5,000,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles