14 kluster kerana rentas negeri, daerah dan aktiviti sosial

Perjalanan rentas negeri dan aktiviti sosial mencetuskan 14 kluster jangkitan Covid-19 baru.

Menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat lima kluster yang berkaitan dengan perjalanan rentas daerah atau negeri selepas ia dibenarkan pada 7 Dis lalu.

Di Pahang, terdapat lima kluster iaitu Intan, Semambu, dan Tembok Mempaga.

Kelantan dan Perak masing-masing mempunyai kluster Seragam Chepa dan Ehsan Ibol.

Sementara itu, terdapat sembilan kluster yang disebabkan aktiviti sosial.

Kluster berkenaan dikenali sebagai Gerbang Pongsu di Perak; Lintas Seraya (Sabah); Sungai Redan (Johor); Maringkan (Sabah), Cassia Diamond (Pulau Pinang dan Selangor); Paginatan (Sabah); Sungai Burong (Selangor dan Negeri Sembilan); Kupi-Kupi (Sabah); dan Bandar Impian (Johor, Kelantan, Perak).

Sementara itu, Noor Hisham berkata vaksinasi tidak menjamin seseorang individu kebal dari virus, justeru mereka yang diberi vaksin tidak lama lagi tidak semestinya bebas melakukan perjalanan ke mana-mana saja.

“Vaksinasi Covid-19 masih sangat baru. Kita masih berbincang dan memerhatikan dengan teliti.

“Buat masa ini, ini bukan pasport kekebalan. Maksudnya jika anda diberi vaksin, itu tidak bermakna anda boleh pergi ke mana-mana saja – tidak.

“Oleh itu, kita masih perlu melihat keberkesanan vaksin. Dan masa akan menentukan. Mungkin empat hingga enam bulan lagi dan keputusan boleh dibuat,” katanya.

Malaysia dijangka menerima vaksin pertama Pfizer-BioNTech’s Covid-19 pertamanya bulan depan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa kerajaan menganggarkan RM3 bilion untuk mendapatkan vaksin bagi sekurang-kurangnya 70 peratus penduduk.

BBerkaitan

Latest articles