Terima Rasuah Lebih RM1 Juta, Bekas Datuk Bandar Dicekup SPRM

KUALA LUMPUR: Seorang bekas Datuk Bandar di Johor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Kluang, semalam, selepas disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.

Sumber memaklumkan, lelaki berusia 63 tahun itu ditahan di pejabat SPRM pada kira-kira 4 petang.

“Beliau didakwa menerima wang rasuah lebih RM1 juta daripada kontraktor sebagai balasan meluluskan projek,” katanya.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009.

“Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah 1 (Khas Rasuah) Johor Bahru pada 8.30 pagi esok (hari ini) dengan 12 tuduhan,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles