Kempen Dengan Beradab, Kata Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan semua calon yang bertanding di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dan penyokong masing-masing untuk berkempen dengan beradab dan bertatasusila.

Peringatan itu disampaikan Anwar kerika meninjau tiga pusat penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

“Insya-Allah diharap semua (parti dan penyokong) menjalankan kempen dengan tersusun, sopan dan beradab,” katanya ketika ditemui selepas bersarapan di Restoran Hameediyah Bistro, di sini, hari ini.

Sebelum itu, beliau meninjau tiga pusat penamaan calon di Gombak, Selayang dan Ampang bermula jam 8.30 pagi.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menambah, proses penamaan calon yang dilawatinya sebentar tadi turut berjalan lancar.

“Alhamdulillah, saya lihat proses penamaan calon hari ini aman dan teratur. Calon-calon juga kemukakan pendaftaran dengan baik,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles