Tun M Letak Jawatan Sebagai Pengerusi Pejuang

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai pengerusi Pejuang.

Perkara itu disahkan oleh calon Pejuang di Tanjong Karang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu iaitu Lando Zawawi.

“(Memang) betul. Dia beritahu kami Rabu lepas,” katanya menurut Malaysiakini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, Dr Mahathir yang bertanding di Parlimen Langkawi tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Suhaimi Abdullah yang memperoleh majoriti 13,518 undi.

Pada PRU15 juga, PEJUANG gagal memenangi sebarang 125 kawasan yang dipertandingkan, malah ramai calonnya hilang wang deposit.

 

BBerkaitan

Latest articles