12 Kerusi BN Di Selangor ‘Pasti Menang ‘ Esok

KUALA LUMPUR: Melihat kepada sentimen penyokong terhadap Kerajaan Perpaduan hari ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin BN mampu memenangi kesemua 12 kerusi yang ditandingi di Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN), esok.

“Dari segi sokongan pengundi bukan Melayu, saya nampak sokongan yang diberikan sangat kukuh, manakala dalam kalangan pengundi Melayu mungkin berpecah.

“Namun jika itu situasinya, iaitu antara pengundi Melayu dan bukan Melayu, ia akan berpihak kepada calon daripada (parti gabungan dalam) Kerajaan MADANI yang diwakili oleh BN,” katanya kepada media selepas hadir program bersama rakyat, melibatkan calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang Mohd Al-Hafizi Abu Bakar.

Reaksi Ahmad Zahid itu senada dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang turut melahirkan keyakinan bahawa gabungan PH-BN mampu menang 38 hingga 40 kerusi daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan, dengan BN dilihat mampu memperoleh lebih daripada enam kerusi.

“Itu analisis beliau dan daripada dapatan kajian, tetapi pada hemat kami, 12 kerusi ditandingi mempunyai potensi yang baik, untuk meraih kemenangan di Selangor ini,” kata Ahmad Zahid.

Mengenai keyakinan terhadap calon BN di Sijangkang, beliau berkata Mohd Al-Hafizi dilihat sebagai calon muda dan alternatif terbaik, berbanding dengan calon Perikatan Nasional (PN) Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga penyandang kerusi Sijangkang selama tiga penggal.

“Di Sijangkang ini kita berhadapan dengan seorang personaliti yang wataknya cukup kuat, kerana bukan sahaja DUN namun beliau juga Ahli Parlimen Kuala Langat.

“Namun dalam partinya sendiri sudah mempertikaikan mengenai kewibaannya dan berikutan itu, kita menyediakan alternatif terbaik, iaitu seorang pemuda berkelayakan dan juga tokoh persatuan belia. Jadi saya yakin dia akan dapat memberikan saingan yang baik, seterusnya meraih kemenangan di kawasan ini,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles