12 kawasan catat IPU tidak sihat malam ini – JAS

KUALA LUMPUR — Secara keseluruhannya kualiti udara dalam negara menunjukkan kemerosotan dengan penambahan kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang tidak sihat pada hari ini.

Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia, Dato’ Wan Abdul Latiff Bin Wan Jaffar berkata IPU yang direkodkan pada jam 8.00 malam hari ini menunjukkan 3 stesen mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik dan 53 stesen mencatatkan status kualiti udara pada
tahap sederhana.dan 12 stesen mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat

kawasan berkenaan adalah Seberang Jaya , P.PINANG (IPU 110) Taiping , PERAK (IPU 118) Tasek, PERAK (IPU 106), Tanjung Malim , PERAK (IPU 106) , Batu Muda , W.P KUALA LUMPUR (IPU 151)

Cheras , W.P KUALA LUMPUR (IPU 155), Putrajaya , W.P KUALA LUMPUR (IPU 115), Kuala Selangor , SELANGOR (IPU 153), Petaling Jaya , SELANGOR (IPU 153), Shah Alam , SELANGOR (IPU 142), Nilai , NEGERI SEMBILAN (IPU 126) dan Johan Setia , SELANGOR (IPU 139)

Jelasnya Kebakaran hutan yang berlaku di bahagian selatan Sumatera dan bahagian tengah dan selatan Kalimantan, Indonesia telah menyebabkan jerebu merentas sempadan dan memberi kesan kepada peningkatan bacaan IPU di kebanyakan kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan bahagian Barat Sarawak katanya di dalam satu kenyataan malam ini.

Tambahnya,  berdasarkan laporan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) yang berpusat di Singapura pada 29 September 2023, imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) 20, 52 titik panas (hotspot) dikesan di Sumatera, 264 titik panas (hotspot) dikesan di Kalimantan dan tiada titik panas (hotspot) dikesan di dalam negara.

” Peta Jerebu Serantau yang dikeluarkan oleh ASMC pada 29 September 2023 (Rajah 1) rantau selatan ASEAN keadaan cuaca kering masih berpanjangan di bahagian tengah dan selatan Sumatera serta selatan Kalimantan, Indonesia.

” Gugusan titik panas di selatan Sumatera dan Jambi berterusan melepaskan asap jerebu sederhana hingga tebal dan ditiup oleh angin ke arah barat laut. Di Kalimantan, gugusan titik panas di tengah dan selatan Kalimantan berterusan melepaskan asap jerebu tebal di mana boleh memberi kesan jerebu di barat Sarawak. Hujan turun di beberapa bahagian barat Kalimantan dan keadaan ini dapat mengurangkan keadaan titik panas dan jerebu di sana.

JAS telah meningkatkan tindakan penguatkuasaan dan aktiviti rondaan harian ke kawasan-kawasan yang berpotensi berlakunya aktiviti pembakaran terbuka serta memantau bacaan IPU dari masa ke semasa.

“Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan telah diaktifkan bagi menyelaras tindakan-tindakan agensi Kerajaan dalam menangani isu pembakaran terbuka dan menghadapi situasi jerebu negara.

” Semua pemilik tanah dinasihatkan supaya memantau secara rapi kawasan-kawasan yang mudah dan sering terbakar seperti tapak pelupusan sampah, hutan, tanah gambut, ladang, kawasan pertanian dan industri serta mengambil langkah-langkah untuk mencegah
pencerobohan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka sama ada untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja.

” Orang ramai dinasihatkan melayari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (www.moh.gov.my) bagi mendapatkan nasihat kesihatan dan langkah-langkah pencegahan semasa jerebu dan Orang ramai diminta bekerjasama untuk memadam kebakarankebakaran kecil dan juga melaporkan kes-kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol, 1-800- 88-2727 katanya.

BBerkaitan

Latest articles