Belum masanya buka sempadan negara kata Dr Adham

Kota Tinggi: Kerajaan tidak berhasrat untuk membuka pintu sempadan negara dalam masa terdekat berikutan jangkitan wabak Covid-19 di seluruh dunia sedang memuncak.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, gelombang ketiga Covid-19 turut menyaksikan Malaysia merekodkan peningkatan kes jangkitan harian antara 1,000 sehingga lebih 2,000 sehari.

“Belum masanya Malaysia membuka sempadan negara bagi kemasukan pelancong dari luar berikutan Covid-19 sedang memuncak di seluruh dunia.

“Kali ini akan mengambil masa agak lama sebelum Malaysia berjaya melandaikan semula lengkuk jangkitan wabak Covid-19 berikutan kita mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Kita guna PKPP sebagai kaedah imbangan ekonomi dan kesihatan bagi memulihkan semula ekonomi negara dan rakyat namun ia akan ambil masa lebih lama tetapi berkesan untuk memutuskan rantaian Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Bahagian Tenggara 2020 di Bandar Tenggara, di sini, hari ini.

Latest articles

Related articles

spot_img