11 Rakyat Malaysia Antara 623 Kes Baharu Covid 19 di Singapura

Seramai 11 rakyat Malaysia merupakan antara 623 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan di Singapura semalam dengan satu kes berkaitan dengan kluster terbesar di republik itu, iaitu asrama pekerja asing S11 @ Punggol.

Merujuk kepada data lengkap yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Singapura. pemegang Permit Kerja Singapura berusia 50 tahun menjadi warganegara Malaysia kedua yang berkait dengan asrama sama, yang telah merekodkan keseluruhan 1,123 kes positif.

Bernama melapokan tiga lagi rakyat Malaysia tersenarai dengan tujuh rakan mereka yang telah dikenal pasti berkait dengan kluster di sebuah asrama di Jalan Kubor.

Kes baharu juga melibatkan seorang wanita Malaysia daripada sektor penjagaan kesihatan awam, iaitu seorang jururawat berusia 34 tahun di Bright Vision Hospital sementara seorang lagi pemegang Permit Kerja, lelaki Malaysia berusia 58 tahun berkait dengan kes ke 3,306 yang dilaporkan sebelum ini, iaitu seorang rakyat Malaysia berusia 21 tahun.

Lima rakyat Malaysia yang lain masih diklasifikasi sebagai kes tempatan yang tidak mempunyai kaitan.A

Merujuk kepada data harian, 11 kes baharu itu telah menambah jumlah rakyat Malaysia yang dijangkiti COVID-19 di republik ini, kepada tidak kurang daripada 80, dengan kes pertama diumumkan pada 17 Feb lalu dan tidak kurang daripada 15 orang telah pulih sepenuhnya.

Kira-kira 10 rakyat Malaysia dikaitkan dengan enam kluster lagi termasuk dua asrama, iaitu di Tech Park Crescent and Tampines, Mustafa Centre, SingPost, SAFRA Jurong, Project Glory dan sebuah premis makanan segera.

Semalam, Singapura melaporkan kematian yang ke-11 iatu seorang lelaki Singapura berusia 95 tahun yang telah meninggal dunia di Raffles Hospital. Dia disahkan dijangkiti pada 13 April.

Smalam sahaja, republik itu merekodkan 558 kes baharu yang berkaitan dengan asrama dan mencatat empat kluster baharu asrama.

Asrama berkenaan adalah Asrama Tuas South, Asrama Avery Lodge, Asrama Jurong Penjuru dan sebuah asrama di 4, Sungei Kadut, Street 2. Sebanyak 12 asrama telah diwartakan sebagai kawasan pengasingan dengan tidak kurang daripada 20 asrama yang terjejas.

Setakat ini, republik itu mencatatkan 5,050 kes positif, di mana 3,267 diklasifikasikan sebagai penghuni asrama, 258 melibatkan pemegang permit kerja yang tidak tinggal di asrama, 956 kes masyarakat tempatan dan 569 kes diimport.

Sebilangan besar penghuni asrama yang terjejas adalah dari Bangladesh, India, China dan Myanmar.

Latest articles

Related articles

spot_img