10 Suspek Ditahan Bantu Siasatan Kes Rompak, Bunuh Dr Wan Hassan

Polis sudah menahan 10 individu yang disyaki terlibat dalam dua kes samun termasuk rumah Bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Wan Hassan Wan Embong.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Assisten Komisioner Anuar Omar berkata, kesemua suspek termasuk suspek utama itu ditahan menerusi beberapa siri serbuan oleh sepasukan polis.

“Ya ada tangkapan, setakat semalam 10 orang termasuk suspek utama kes ini,” katanya memetik laporan BH.

Dalam pada itu, satu sidang media oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin mengenai kes dan tangkapan itu dijangka diadakan, hari ini.

Semalam, Wan Hassan maut ditetak perompak dalam kejadian rompakan di Bukit Bandaraya.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu rumah dihuni mangsa dan isteri, Sarifah Yusof, 70, dipecah masuk dua lelaki bersenjata parang.

Suspek yang tidak memakai topeng meminta duit menyebabkan mangsa cuba melawan sebelum ditetak di muka dan leher manakala isteri mangsa ditetak di bahagian bahu kanan.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini