10 Korban Nahas Pesawat Di Elmina, ADUN Pahang Salah Seorang Mangsa

KUALA LUMPUR: Nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang berlaku berhampiran kawasan perumahan di Bandar Elmina, Shah Alam petang tadi, meragut 10 nyawa.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan yang memaklumkan maklumat itu juha berkata kejadian berlaku sekitar jam 2.40 petang tadi.

Salah seorang mangsa adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang.

Pesawat jenis Beachcraft itu membawa enam penumpang bersama dua juruterbang dan pembantunya dilaporkan gagal dikawal sebelum terhempas di Elmina.

“Pesawat berkenaan telah berlepas dari Pulau Langkawi sudah diberi kebenaran oleh Menara Kawalan Trafik Udara, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang untuk mendarat pada jam 2.40 petang.

“Namun pesawat berkenaan dilaporkan terhempas dua minit sebelum dijadualkan untuk mendarat.

“Semasa terhempas pesawat sama dilaporkan merempuh sebuah kereta dan sebuah motosikal,” katanya dalam sidang media khas di lokasi kejadian tersebut.

Hussein juga menambah, seorang penunggang motosikal dan juga pemandu kereta termasuk 10 mangsa terkorban dan kesemua mangsa merupakan lelaki warga tempatan.

Tambah Hussein, buat masa ini pihaknya menjangkakan sekurang-kurangnya 10 mangsa yang terkorban dalam tragedi ngeri tersebut dan jarak udara kedudukan lokasi terhempas dengan LTSAAS sekurang-kurangnya 1.5 kilometer.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor bergegas ke lokasi sejurus selepas panggilan mengenai insiden terhempas telah mengambil masa hampir 10 minit bagi memadam kebakaran dan mengawal keadaan.

“Kini, mayat kesemua mangsa terkorban dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk menjalani proses bedah siasat,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles