10 Cedera Ringan Dalam Kemalangan Roller Coaster Di Taman Tema Subang Jaya

SUBANG JAYA: Sepuluh individu mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan membabitkan permainan roller coaster di sebuah taman tema di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11.45 pagi Ahad.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam Sabtu ketika 22 pengunjung tempatan dan warga asing berusia antara 11 hingga 44 tahun sedang menaiki permainan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati seramai 10 penumpang mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

“Kesemua mangsa dibawa ke beberapa fasiliti perubatan sekitar Subang Jaya untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Wan Azlan berkata, kesemua 10 mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan tiada kematian dilaporkan.

Beliau berkata, siasatan polis berhubung kejadian berkenaan masih dijalankan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian berkenaan kerana dikhuatiri boleh mengganggu siasatan.

Dalam pada itu melalui aplikasi Threads pula, orang ramai turut berkongsikan pelbagai video berhubung insiden berkenaan yang dipercayai berlaku malam tadi.

 

View on Threads

 

 

View on Threads

 

BBerkaitan

Latest articles