10 ADUN angkat sumpah sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri Johor

Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor di hadapan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Majlis Istiadat Pelantikan YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada hari ini (26 Mac).

Berangkat sama, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Turut berangkat, YAM Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang mengangkat sumpah ialah Datuk Zahari Sarip (Buloh Kasap); Datuk Mohd Jafni Md Shukor (Bukit Permai); K. Raven Kumar (Tenggaroh); Khairin Nisa Ismail (Serom); Mohd Hairi Mad Shah (Larkin) dan Mohd Fared Mohd Khalid (Semerah).

Turut mengangkat sumpah Ling Tian Soon (Yong Peng), Lee Ting Han (Paloh), Mohamad Fazli Mohamad Salleh (Bukit Pasir) dan Norliza Noh (Johor Lama).

Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga ADUN Machap mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor Ke-19 pada 15 Mac lalu.

BBerkaitan

Latest articles