1.6 Juta Penjawat Awam Masih Kekal Disebalik Pelaksanaan E-kerajaan

 

Jaminan diberikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap kesemua 1.6 juta penjawat awam bahawa mereka masih dikekalkan meskipun kerajaan melaksanakan sistem kerajaan elektronik (e-kerajaan).

Ini kerana penjawat awam masih diperlukan untuk melakukan tugas-tugas lain bagi meningkatkan lagi keberkesanan penyampaian perkhidmatan, justeru tidak timbul isu pengurangan jumlah sedia ada.

“Sebagai contoh, sebelum ini ada tiga orang untuk satu tugas, tetapi apabila e-government (e-kerajaan) dilaksanakan, hanya seorang akan menjalankan tugas itu, manakala dua orang lagi boleh buat tugas yang lain,” katanya pada satu majlis perjumpaan bersama penjawat awam Sandakan di sini.

Muhyiddin berkata, peranan penjawat awam masih relevan sehingga kini meskipun penggunaan teknologi tidak dapat dielakkan, selain ia akan memberi nilai tambah kepada penyampaian perkhidmatan.

Namun dalam masa yang sama akan terdapat perubahan dalam tugas penjawat awam apabila sistem e-kerajaan dilaksanakan.

Muhyiddin berkata beliau berpuas hati dengan prestasi penjawat awam, namun yakin mutu dan prestasi dapat ditingkatkan lagi sejajar dengan perkembangan semasa.

Muhyiddin berada di Sabah dalam rangka lawatan rasmi dua hari bermula semalam.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini